Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas orang awam berjaya membantu memadam kebakaran sebuah kereta di MEDITEL, Hospital Umum Sarawak(HUS). Foto JBPM

Tindakan pantas orang awam bantu padam kebakaran kereta

KUCHING, 23 April: Tindakan pantas orang awam berjaya membantu memadam kebakaran sebuah kereta di MEDITEL, Hospital Umum Sarawak(HUS) di sini, petang semalam.

Komander Operasi, Abdul Hakim Supian berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.55 petang dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya pihak bomba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona terbakar keseluruhan pada bahagian enjin.

“Kebakaran berjaya dikawal menggunakan sembilan unit alat pemadam api oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, api berjaya dipadam sepenuhnya menggunakan dua unit hosereel bangunan dengan bantuan anggota bomba yang tiba di lokasi.

“Setelah keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan