Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar ilustrasi bangunan SK Kpg Jebungan, Mukah yang akan menggantikan bangunan lama yang uzur. Foto JKR Sarawak

SK Kpg Jebungan, Mukah dijangka siap Okt 2026

BySaibi Gi

MUKAH, 23 April: Projek Pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jebungan di sini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Oktober 2026.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan setelah siap,
ia akan menggantikan bangunan lama yang uzur dan tidak lagi sesuai digunakan.

Bagi memastikan kelancaran pembinaannya, Pengarah Kerja Raya Sarawak, Dr Cassidy Morris mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pada Selasa.

Dr Cassidy Morris bersama pegawai JKR Sarawak yang lain mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan SK Kpg Jebungan, Mukah pada Selasa. Foto JKR Sarawak

“Ini adalah sebagai usaha berterusan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek infrastruktur pendidikan di negeri ini,” kata kenyataan itu, hari ini.

Projek ini merangkumi pembinaan enam blok sekolah dan pentadbiran, satu blok prasekolah, dua unit rumah guru kelas F, satu unit rumah pengawal, satu unit rumah pam, satu unit rumah sampah serta pelbagai kemudahan sokongan lain.

“Ia bertujuan untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih moden, selesa dan kondusif kepada para pelajar dan komuniti setempat,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam kenyataan yang sama, Cassidy menekankan kepentingan kualiti dan ketepatan masa dalam pelaksanaan projek.

Beliau mengarahkan kontraktor agar melipatgandakan usaha bagi memastikan projek ini dapat disiapkan lebih awal daripada jadual asal, supaya manfaatnya dapat segera dinikmati oleh rakyat.

“JKR Sarawak terus komited untuk memastikan setiap projek infrastruktur dilaksanakan mengikut standard tertinggi, demi memperkasa masa depan pendidikan dan pembangunan masyarakat luar bandar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan