Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama ini adalah langkah penting dalam menghadapi perubahan global dan memperkasa masa depan Sarawak melalui teknologi baharu. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak, Universiti Malaya meterai MoA terajui inovasi ekonomi baharu

KUCHING, 23 April: Kerajaan Sarawak dan Universiti Malaya (UM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan neoekonomi, ke arah pembangunan yang mampan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kerjasama ini adalah langkah penting dalam menghadapi perubahan global dan memperkasa masa depan Sarawak melalui teknologi baharu.

“Apabila kita melangkah ke dalam era baharu yang dikenali sebagai neo-ekonomi, kita mendapati diri kita berada dalam persekitaran yang berkembang dengan begitu pantas, berubah setiap saat dengan dorongan daripada teknologi terkini, tenaga hijau, dan model perniagaan yang inovatif.

Untuk memastikan Sarawak berjaya dalam landskap ini, kita perlu bersiap sedia untuk menjadi peneraju, bukan sekadar pengikut, dengan meletakkan diri kita selangkah ke hadapan dalam menuju ekonomi masa depan. Oleh itu, kerjasama erat dengan Universiti Malaya menjadi sangat penting bagi merealisasikan visi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Kursi Derma Kekal Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di antara Kerajaan Sarawak dan Universiti Malaya, di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Kursi Derma tersebut, Abang Johari berkata ia memfokuskan penyelidikan dalam bidang ekonomi hijau, ekonomi hidrogen, bioteknologi kesihatan, serta kecerdasan buatan (AI).

Menurut beliau inisiatif ini bukan sekadar menubuhkan kerusi akademik, tetapi membina pasukan penyelidik berwibawa untuk merangka dasar dan menyokong tadbir urus berimpak tinggi.

“Saya benar-benar percaya bahawa kerjasama ini akan membawa manfaat besar kepada Sarawak secara lebih luas, dan kepada Malaysia secara keseluruhannya.

Malah, ia juga adalah sebahagian daripada segala inisiatif yang akan menyokong apa yang mereka panggil SDG, atau Matlamat Pembangunan Mampan, serta usaha untuk menangani perubahan iklim,” jelasnya lagi.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancanvan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan