Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

Sarawak teroka pengeluaran keju berasaskan susu kerbau

ByMadeline Dugat

KUCHING 23 April: Kerajaan Sarawak kini dalam usaha meneroka potensi baharu dalam industri tenusu tempatan dengan merancang penghasilan keju menggunakan susu kerbau, khususnya di kawasan utara negeri ini.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kawasan Limbang dan Lawas sedang diusahakan dan dirancang untuk dijadikan pusat penternakan kerbau secara besar-besaran.

“Industri tenusu adalah sesuatu yang kita tekankan dan dalam perancangan kerajaan Sarawak. Ini kerana penternakan kerbau telah lama menjadi sebahagian daripada aktiviti ekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN) Sarawak Bilangan 1 Tahun 2025 di sini, hari ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, kerajaan juga telah menetapkan sasaran untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 10,000 ekor kerbau dalam tempoh akan datang.

“Beberapa program telah dilaksanakan termasuk pelaksanaan Program Power Skill dan ini akan dipertingkatkan lagi.

“Terdapat juga perkembangan baharu, beberapa pihak pelabur kini dalam proses pelaksanaan untuk pemprosesan susu kerbau dijadikan sebagai keju,” katanya.

Katanya, pembinaan kilang-kilang pemprosesan susu kerbau telah pun mula didirikan sekali gus mencerminkan perkembangan baharu yang positif dalam usaha memajukan industri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan