Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak peruntuk RM5 juta tubuh Kursi Derma Kekal YAB Premier Sarawak di UM

ByAkma Salleh

KUCHING, 23 April: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan ekonomi berasaskan ilmu dan bidang baharu dengan menyalurkan dana berjumlah RM5 juta kepada Universiti Malaya (UM) bagi penubuhan Kursi Derma Kekal Yang Amat Berhormat Premier Sarawak.

Dana ini akan berfungsi sebagai pelaburan jangka panjang untuk menyokong penyelidikan, penerbitan akademik dan khidmat dasar dalam bidang ekonomi baharu merangkumi ekonomi hijau, ekonomi hidrogen, bioteknologi kesihatan serta kecerdasan buatan (AI).

Inisiatif ini turut selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Terdahulu, majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Kerajaan Sarawak dan UM berlangsung di Wisma Bapa Malaysia hari ini, dan disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancanvan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Penubuhan kursi ini dijangka memberi impak besar terhadap usaha Sarawak dalam membina tadbir urus yang progresif serta melakar dasar-dasar strategik bagi menghadapi cabaran ekonomi masa depan.

Penyelidikan yang dijalankan akan diterbitkan dalam jurnal antarabangsa dan dapat diakses oleh Kerajaan Sarawak serta agensi berkaitan bagi tujuan pembangunan dasar yang lebih berimpak tinggi.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan untuk melaksanakan siri Kuliah Yang Amat Berhormat Premier Sarawak secara tahunan, dengan lokasi akan diumumkan kelak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan