Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Usahawan Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak mantapkan penyelarasan program pembangunan usahawan

ByWilly Jali

KUCHING, 23 April: Kerajaan Sarawak menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Usahawan Sarawak (SEDCC) mengambil langkah proaktif dengan menyelaras pelaksanaan program pembangunan usahawan bagi membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan mereka secara lebih bersepadu dan berkesan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, usaha tersebut penting bagi menyelaraskan pelaksanaan program pembangunan usahawan antara agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mempengerusikan Mesyuarat SEDCC. Foto Zaim Zharfan (TVS)

“Melalui jawatankuasa ini, kita berusaha untuk menyelaras pelaksanaan program-program yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan bersama agensi-agensi kerajaan Sarawak. Ia merangkumi pelaksanaan pelbagai program pembangunan, pakej bantuan, sokongan modal serta penyediaan premis perniagaan.

“Selain itu, kita juga menumpukan usaha untuk meningkatkan kapasiti para usahawan serta PKS, melalui kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi berkaitan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat SEDCC 2025 di sini, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa platform ini akan menjadi medan kerjasama antara semua pihak berkepentingan agar perancangan dan pelaksanaan program pembangunan usahawan dapat dilakukan secara menyeluruh dan efektif.

“Kita juga memberi tumpuan terhadap usaha membantu usahawan dari segi pemasaran, promosi, serta memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh para pengusaha di Sarawak. Platform ini akan digunakan untuk mewujudkan kolaborasi yang lebih bersepadu serta merancang dan melaksanakan program yang lebih menyasar dan berkesan.

“Selain itu, kita turut membincangkan aspek pembangunan usahawan Sarawak secara menyeluruh. Fokus kedua adalah pelaksanaan program pembangunan premis perniagaan, khususnya di kawasan luar bandar,” jelasnya.

Sejak tahun 2021 hingga suku pertama 2025, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) telah membantu lebih 45,500 usahawan dengan nilai bantuan sebanyak RM199.49 juta melalui program-program yang dijalankan di bawah kementerian tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan