Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep menunjukkan buku program Sambutan Ulang Tahun Ke-205 Daerah Bau di Kuching, hari ini. Foto TVS

Premier Sarawak dijadual rasmi Sambutan Ulang Tahun ke-205 Daerah Bau pada 15 Mei

KUCHING, 23 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual akan menyempurnakan perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-205 Daerah Bau, Pesta Tasik Biru 2025 dan Tasik Biru Resort City di Bau pada 15 Mei ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep berkata sambutan ini merupakan detik bersejarah buat warga Bau yang menjadi simbol kemajuan seimbang antara pembangunan fizikal, pemeliharaan nilai budaya dan identiti tempatan.

“Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-205 Daerah Bau, Pesta Tasik Biru 2025 yang dinanti-nantikan bakal berlangsung dari 15 hingga 25 Mei disusuli perasmian Tasik Biru Resort City.

“Tasik Biru Resort City akan menjadi mercu tanda pembangunan baharu yang berpotensi menjadi pemangkin utama kepada sektor pelancongan, ekonomi tempatan dan pembangunan komuniti di Bau,” katanya.

Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur I di sini, hari ini.

Menurutnya, Pesta Tasik Biru 2025 turut dijangka menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara, dengan pelbagai acara menarik yang telah dirancang sepanjang 11 hari penganjuran, Karnival Sukan Bau,

Antara aktiviti menarik yang dianjurkan sepanjang Pesta Tasik Biru 2025 antaranya Pertandingan Jong Regatta, pertandingan gusti lengan, memasak tradisional, zumba, talent night, Unity Parade, perasmian lampu Jambatan Tasik Biru dan persembahan bunga api.

Sepanjang tempoh pesta berkenaan, Bazaar Gawai Bau akan beroperasi setiap hari dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam, menampilkan produk kraftangan, makanan tempatan dan pelbagai barangan komuniti termasuk persembahan hiburan rakyat, busking dan acara pentas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan