Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 6,400 anak pokok pelbagai jenis buah-buahan disyaki diseludup dari Thailand menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, semalam. Foto Briged Tenggara PGA Rasmi (FB)

PGA rampas lebih 6,000 anak pokok diseludup dari Thailand

ByBernama

KOTA BHARU, 23 April: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 6,400 anak pokok pelbagai jenis buah-buahan disyaki diseludup dari Thailand menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan anggota Batalion 8 PGA selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan kira-kira 8 malam.

“Anak pokok tersebut dipercayai berpenyakit dan mempunyai serangga perosak. Pemandu lori berusia 44 tahun juga gagal mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan atau pergerakan tanaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata nilai rampasan keseluruhan termasuk lori digunakan suspek dianggarkan RM790,000 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan