Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Cassidy Morris mengadakan lawatan tapak ke projek pembinaan Jalan Tellian Bypass di Mukah pada Selasa. Foto JKR Sarawak

Pembinaan jalan Tellian Bypass dijangka siap lebih awal

BySaibi Gi

MUKAH, 23 April: Projek Pembinaan Jalan Tellian Bypass dijangka siap sepenuhnya pada September 2026, lebih awal dari jangkaan asal.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan jalan baharu ini akan menghubungkan Jalan Mukah–Balingian ke Jalan Ulu Tellian–Penakub Bazaar.

Setelah siap, Jalan Tellian Bypass akan menghubungkan Jalan Mukah–Balingian ke Jalan Ulu Tellian–Penakub Bazaar. Foto JKR Sarawak

“Ia bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan, meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya,” kata kenyataan itu, hari ini.

Projek jalan ini juga berupaya menyokong pembangunan sosioekonomi kawasan Mukah dan sekitarnya.

Projek ini melibatkan pembinaan jalan sepanjang kira-kira 2.66 kilometer, dibina mengikut spesifikasi JKR R3 dengan permukaan berturap premix, yang mampu memenuhi keperluan trafik setempat dan memperkukuh jaringan infrastruktur di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Pengarah Kerja Raya Sarawak, Dr. Cassidy Morris mengadakan lawatan ke tapak projek pada Selasa.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas keupayaan pelaksanaan projek mendahului jadual.

“Pencapaian ini adalah hasil kerja berpasukan, disiplin, dan komitmen tinggi. Ini membuktikan bahawa JKR Sarawak sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat.

“Teruskan momentum ini sehingga projek berjaya disiapkan dengan kualiti tertinggi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan