Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran Dasar dan Pelan Biodiversiti Sarawak di Kuching pada Selasa malam. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Ordinan Biodiversiti Sarawak bakal dipinda, komersialkan hasil penyelidikan

KUCHING, 23 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Ordinan Biodiversiti Sarawak akan dipinda bagi membolehkan hasil penyelidikan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) dikomersialkan demi manfaat ekonomi negeri.

Menurutnya, di bawah ordinan sedia ada, SBC tidak mempunyai kuasa untuk menjalinkan kerjasama komersial walaupun hasil penyelidikan berpotensi tinggi untuk dipasarkan.

“Sekiranya penyelidikan seperti kajian alga yang boleh menghasilkan biofuel dan Sustainable Aviation Fuel (SAF) tidak dapat dikomersialkan, rugilah SBC.

“Justeru, ordinan ini perlu dipinda agar SBC boleh bekerjasama dengan pihak yang berkelayakan untuk memajukan hasil penyelidikan,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Dasar dan Pelan Biodiversiti Sarawak di sini pada Selasa malam.

Pindaan ini dijangka membuka ruang kepada usaha sama antara SBC dan industri berkaitan dalam menjana pendapatan melalui sumber biodiversiti, sambil menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon dan pembangunan mampan.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menyentuh tentang potensi pokok tempatan seperti kelampayan, iaitu spesies yang cepat tumbuh dan mempunyai struktur kayu yang kukuh serta berkualiti tinggi.

“Ada satu pokok tempatan yang cepat tumbuh, dipanggil kelampayan. Dari segi struktur, kayu ini sangat berkualiti. Kita akan tingkatkan jumlah penanaman pokok ini. Bila kita tanam dan kemudian tebang secara kitaran, pokok ini boleh menghasilkan biojisim,” jelas beliau.

Pokok kelampayan, juga dikenali sebagai Neolamarckia cadamba, kini digunakan secara meluas dalam projek ladang hutan dan pemulihan kawasan hutan terosot kerana pertumbuhannya yang pantas dan mesra alam.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi Sarawak untuk membangunkan ekonomi berasaskan alam semula jadi dan inovasi penyelidikan, selaras dengan agenda tenaga hijau dan neutral karbon menjelang 2050. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan