Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Hanifah Hajar Taib mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Jalan Kampung Medong–Lebrasau/Kampung Klid, Dalat, hari ini. Foto MIPD

Mesyuarat penyelarasan projek jalan Medong-Klid hujung April

BySaibi Gi

DALAT, 23 April: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bersama kontraktor, perunding, pemegang lesen projek serta pihak berkepentingan lain akan mengadakan mesyuarat pada penghujung April bagi membincangkan pelaksanaan dan penyempurnaan Projek Pembinaan Jalan Kampung Medong–Lebrasau/Kampung Klid di sini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mesyuarat itu amat penting dalam menangani isu-isu yang mengganggu kelancaran projek pembinaan jalan sepanjang 11.67 kilometer tersebut.

Projek Pembinaan Jalan Kampung Medong–Lebrasau/Kampung Klid. Foto Dato Hanifah Hajar Taib (FB)

Menurut beliau, projek berkenaan yang bernilai RM74 juta kini mengalami kelewatan 70 hari berbanding jadual asal, sesuatu yang disifatkannya sebagai membimbangkan.

“Setakat ini, kemajuan fizikal projek hanyalah 48.56 peratus berbanding sasaran jadual asal iaitu 55.62 peratus. Keadaan ini memerlukan pemantauan rapi serta tindakan segera,” katanya pada sidang media selepas meninjau tapak projek berkenaan, hari ini.

Jelas Uggah, selain pembinaan jalan, projek tersebut turut melibatkan pembinaan tiga jambatan merentasi Sungai Lebrasau, Sungai Peluan dan Sungai Klid.

Tambahnya, projek itu dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir Januari 2026.

“Itulah sebabnya kami kerap turun padang untuk memantau kemajuan pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan.

“Lawatan seumpama ini membolehkan kami mengenal pasti sebarang isu di peringkat pelaksanaan dan seterusnya menyelesaikannya bersama JKR,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Uggah berkata, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menegaskan kepentingan semua agensi pelaksana memainkan peranan masing-masing dalam memastikan projek-projek pembangunan dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib yang turut serta dalam lawatan tersebut, merakamkan penghargaan kepada Uggah atas kesungguhan beliau memantau secara langsung kemajuan projek-projek pembangunan di kawasan berkenaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan