Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee bersama warga LSS dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kuching pada Selasa. Foto DUN N.43 Daro (Facebook).

LSS terus pantau keselamatan pengangkutan air di Sarawak

KUCHING, 23 April: Walaupun jaringan pengangkutan darat di Sarawak semakin berkembang pesat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) tetap memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan pengangkutan air di negeri ini.

Pengerusi LSS, Safiee Ahmad berkata, pemantauan rapi terus dijalankan terhadap pelbagai kemudahan pengangkutan air termasuk yang digunakan untuk tujuan pelancongan di kawasan tasik dan sungai.

Menurut beliau, aspek keselamatan tidak boleh dikompromi kerana masih ramai penduduk luar bandar dan pedalaman yang bergantung kepada bot sebagai mod pengangkutan utama mereka.

“LSS sentiasa memastikan semua jenis kemudahan pengangkutan air mematuhi langkah-langkah keselamatan di bawah Ordinan Sungai Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri LSS yang diadakan di Kuching, semalam.

Tambah beliau, antara pengangkutan penting yang masih digunakan secara meluas ialah bot penumpang yang beroperasi di beberapa kawasan sungai utama di negeri ini.

“Walaupun jalan darat semakin banyak, bot masih menjadi nadi pengangkutan harian bagi sesetengah komuniti. Oleh itu, pemantauan berkala adalah penting demi menjamin keselamatan penumpang,” katanya lagi.

Safiee turut menekankan kepentingan memastikan operator bot dan pemilik kemudahan pengangkutan air mematuhi peraturan serta mengambil serius terhadap aspek penyelenggaraan dan kelengkapan keselamatan.

Beliau juga menyeru agar seluruh warga LSS terus meningkatkan tahap komitmen terhadap tanggungjawab masing-masing dalam memastikan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan.

“Kerjasama yang kukuh dalam kalangan kakitangan amat diperlukan supaya peranan dan imej LSS terus diperkasa sebagai sebuah agensi yang menjaga keselamatan serta kebajikan pengguna pengangkutan air,” jelasnya.

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri itu turut dihadiri oleh warga kerja LSS dan menjadi platform untuk memperkukuh silaturahim serta semangat kerja berpasukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan