Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Prof Dr Mohd Hasnain Md Hussain ditemui pada Program Sesi Libat Urus Industri Zon Borneo dan Pameran Kerjaya di Miri, hari ini. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Libat urus industri buka ruang kerjasama strategik

ByVanessa Enjop

MIRI, 23 April: Program Sesi Libat Urus Industri Zon Borneo dan Pameran Kerjaya 2025 di sini membuka ruang kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan pemain industri, dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi serta memacu pembangunan komuniti.

Program dua dalam satu itu dianjurkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan.

Pengarah Pusat Industri Universiti, UNIMAS, Prof Dr Mohd Hasnain Md Hussain berkata, penganjuran program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada graduan, malah turut memberi impak kepada komuniti setempat dan pihak industri.

“Objektif sesi libat urus dan pameran kerjaya yang pertama adalah untuk penglibatan pihak industri dalam ekosistem pendidikan tinggi, bukan sahaja melibatkan graduan dari universiti tetapi juga pelbagai aspek lain terutama yang melibatkan komuniti dan pemegang taruh,” katanya ketika ditemui TVS, hari ini.

Tambahnya, kerjasama dua hala yang diwujudkan menerusi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara universiti dan pemain industri juga membuka lebih banyak peluang dalam latihan industri, penyelidikan dan pembangunan kurikulum yang lebih berfokus kepada keperluan pasaran kerja.

“Contohnya hari ini MoU kita buat dengan SAMLING Group, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Cawangan Miri, dan juga Aina Corporation. Melalui MoU ini pelbagai bentuk kerjasama boleh dibuat seperti internship, penyelidikan dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar maklumat daripada perbincangan libat urus ini bukan sahaja dimanfaatkan oleh institusi pendidikan tinggi di Zon Borneo, tetapi juga menjadi rujukan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dalam menambah baik dasar dan kurikulum secara menyeluruh.

Selain aktiviti pameran dan kaunter perundingan, program juga diisi dengan sesi perkongsian industri, bimbingan kerjaya dan padanan pekerjaan yang memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil industri dan institusi pengajian tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan