Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditemui maut dipercayai akibat tembakan ketika keluar memburu bersama rakannya di sebuah ladang kelapa sawit di Pasai Siong Tengah, Sibu pada Isnin. Foto hiasan TVS

Lelaki maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu

SIBU, 23 April: Seorang lelaki berumur 38 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai akibat terkena tembakan ketika berburu bersama rakannya di sebuah ladang kelapa sawit di Pasai Siong Tengah dekat sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.34 pagi pada 22 April 2025.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah keluar memburu bersama seorang rakan di kawasan ladang tersebut sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tembakan senjata api.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 35 tahun yang dipercayai merupakan rakan memburu mangsa bagi membantu siasatan. Perintah reman terhadap suspek telah diperoleh bermula 22 hingga 27 April ini.

Zulkipli berkata siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Beliau turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd. Adzmei Ahmad di talian 016-8095757 atau mana-mana balai polis berhampiran,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan