KUCHING, 23 April: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di sebuah bilik sewa Jalan Stephen Yong Link di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Mohd Irwan Hafiz MD Radzi berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menerima laporan berhubung kes itu jam 2.45 petang.
“Kita menerima laporan penemuan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun tidak sedarkan diri di sebuah bilik sewa,” katanya.
Katanya, Pasukan Siasatan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan serta pegawai perubatan telah mengesahkan kematian di lokasi kejadian.
“Tiada sebarang unsur jenayah dikesan. Mayat telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.
“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya.-TVS