Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sampaikan watikah pelantikan jawatan kepada Dato Idris Buang. Foto Aziz Soleh (TVS)

Lantikan semula Idris Buang sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak perkukuh pentadbiran kerajaan

ByMuqri Aziz

KUCHING, 23 April: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan pelantikan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi tempoh tiga tahun akan memperkukuh pentadbiran Kerajaan Sarawak.

Beliau berharap dengan pelantikan itu Idris dapat memikul tugas dengan penuh komitmen, integriti dan tanggungjawab.

“Pelantikan ini juga diharap dapat memperkukuhkan lagi pentadbiran Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan semasa persidangan DUN Sarawak,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Idris Buang dilantik semula sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak

Pagi tadi, Idris Buang mengangkat sumpah di hadapan Tun Wan Junaidi, disaksikan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Ini merupakan penggal kedua Idris sebagai Timbalan Speaker, selepas pertama kali dilantik pada 2022 menggantikan Datuk Gerawat Gala, yang ketika itu menyertai pentadbiran sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), kini Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek).

Istiadat itu dimulakan dengan penerimaan watikah pelantikan diikuti sesi angkat sumpah dan penandatanganan watikah oleh beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan