Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penubuhan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian itu akan memperkasa bentuk kerjasama merentas kementerian yang lebih tersusun dan dijalankan secara berkala. Foto TVS

KPDN sedia bekerjasama dengan JAKIM susulan produk berunsur DNA babi

PUTRAJAYA, 23 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta agensi agama di peringkat negeri bagi menangani isu produk makanan import dari Indonesia yang dikatakan mengandungi DNA babi (porsin).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu diambil bagi memastikan produk yang terlibat dapat dikeluarkan segera daripada pasaran tempatan sebaik sahaja maklumat berkaitan diterima.

“Sebagaimana kita maklum bahawa JAKIM telahpun mengeluarkan kenyataan dan logo halal yang terbabit adalah logo halal yang dikeluarkan oleh badan kawal selia halal di Indonesia yang kita iktiraf.

“Jadi, sebaik sahaja kita dapat maklumat tersebut, kita telahpun mengadakan perbincangan dengan JAKIM untuk memastikan bahawa produk-produk tersebut dapat dikeluarkan segera daripada pasaran,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri KPDN di Putrajaya, hari ini.

Tambah beliau, KPDN komited untuk bertindak pantas berasaskan maklumat yang disalurkan oleh pihak JAKIM dan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf, termasuk dari Indonesia.

Terdahulu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee dilaporkan berkata bahawa semua pengimport produk makanan dari Indonesia yang disahkan mengandungi DNA babi telah diarahkan menarik balik produk terbabit daripada pasaran Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak-pihak yang terlibat perlu segera menghubungi JAKIM bagi memastikan tindakan yang diambil sejajar dengan prinsip menjaga hak pengguna Muslim dan mengekalkan integriti sistem pensijilan halal negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan