Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengetua Kolej Tun Ahmad Zaidi (TAZ), Cik Noorfarida binti Saini dan Pengarah Program Karnival Gegar TAZ 2025, Muhammad Abdurrahim bin Muhammad Fitri ditemui pemberita semasa program berlangsung. Foto TVS

Karnival Gegar TAZ 2025: Pupuk inovasi, tingkat kebolehpasaran pelajar UNIMAS

ByAbdullah

SAMARAHAN, 23 April: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sedang mengadakan Karnival Gegar TAZ 2025 yang bermula dari  21 hingga 26 April ini.

Bertemakan “Gegar Komuniti, Semarak Harmoni”, program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada warga pelajar UNIMAS untuk mengisi kelapangan mereka dengan aktiviti yang bermanfaat dan menghiburkan.

Antara subprogram yang telah dirancang untuk menyemarakkan karnival ini adalah Foodtazaar, The Cursed Pathway, Moba Bang Bang Competition dan Zero Waster Vision 2025.

Karnival ini diyakini menggalakkan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang menyokong inovasi, kebudayaan, kesihatan mental dan fizikal, serta memberi hiburan yang berfaedah kepada semua lapisan masyarakat kampus.

Pada masa sama, program ini juga diadakan untuk mempereratkan hubungan dalam kalangan pelajar, serta memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan warga UNIMAS.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNIMAS, YBhg Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid bin Haji Othman (TNC-HEPA UNIMAS) merasmikan Karnival Gegar TAZ 2025.

Pengetua Kolej Tun Ahmad Zaidi, Noorfarida Saini, berkata, Karnival Gegar TAZ 2025 bukan sahaja bertujuan untuk memberi hiburan kepada pelajar, tetapi juga untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

“Pelajar tidak hanya akan terdedah kepada aspek akademik, tetapi juga akan mendapat pengalaman dalam pengurusan program serta kemahiran ‘multitasking’ yang sangat penting dalam dunia pekerjaan.

“Ini adalah peluang besar untuk mereka mengasah kemahiran yang boleh digunakan sepanjang kerjaya mereka di masa depan,” katanya kepada TVS hari ini.

Sementara itu, Pengarah Program, Muhammad Abdurrahim Muhammad Fitri menyeru agar orang ramai hadir bagi memeriahkan karnival kali ini.

“Kami mengajak masyarakat sekitar Samarahan dan seluruh warga UNIMAS untuk menyokong sepenuhnya Karnival Gegar TAZ 2025.

“Kejayaan karnival ini memerlukan sokongan semua pihak, termasuk penglibatan daripada komuniti sekitar. Kami berharap karnival ini dapat merapatkan hubungan antara pelajar, staf, dan masyarakat serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan kita semua,” ujarnya.

Untuk rekod, Karnival Gegar TAZ ini diadakan setiap tahun dan seluruh warga UNIMAS dan masyarakat sekitar dijemput untuk turut serta dalam menjayakan karnival ini – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan