Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang hari ini dilantik semula sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Foto Aziz Soleh (TVS)

Idris Buang dilantik semula sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 23 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang hari ini dilantik semula sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Istiadat angkat sumpah jawatan disempurnakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Bilik Menghadap Utama, Astana Negeri Sarawak.

Selepas mengangkat sumpah, Idris menandatangani dokumen pelantikan rasmi sebagai simbolik penerimaan jawatan tersebut.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Idris Buang merupakan seorang tokoh dalam bidang perundangan yang berpengalaman luas. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Buckingham, United Kingdom pada tahun 1982, sebelum diterima masuk sebagai ahli Lincoln’s Inn, salah satu institusi undang-undang terkemuka di London.

Pada tahun berikutnya, beliau diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Tidak lama selepas itu, beliau menubuhkan firma guamannya sendiri yang dikenali sebagai Idris Buang and Associates, berpusat di Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan