Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang Foto X @AaronAgoDagang

Hantar mesej berbaur perkauman wajar dikenakan tindakan tegas – Aaron

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 April: Tindakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan wajar dikenakan tindakan undang-undang, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Merujuk laporan berhubung insiden melibatkan seorang guru sekolah yang menerima mesej itu daripada seorang penghantar makanan, Aaron berkata tindakan sedemikian tidak boleh diterima sama sekali.

“Kementerian Perpaduan Negara memandang serius insiden ini kerana ia bukan sahaja mencemar nilai kesopanan dan kesusilaan masyarakat kita, malah menggugat keharmonian antara kaum.

“Pihak syarikat penghantaran makanan digesa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dan memperketat garis panduan tatakelakuan pekerja mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa memupuk sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Tidak ada tempat dalam negara ini untuk sebarang bentuk diskriminasi, kebencian atau perkauman.

“Saya percaya bahawa insiden ini adalah tindakan individu dan bukan gambaran masyarakat secara keseluruhan, namun kita semua bertanggungjawab untuk membina negara yang lebih inklusif, aman dan bersatu,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan seorang guru sekolah membuat laporan polis mendakwa menerima mesej berbaur penghinaan daripada seorang penghantar makanan menerusi mesej dalam aplikasi penghantaran makanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan