Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gunung berapi Semeru di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak empat kali pada Selasa, menghamburkan abu setinggi 800 meter dari puncaknya. Foto fail AFP

Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus empat kali, letusan abu cecah 800 meter

ByBernama

JAKARTA, 23 April: Gunung berapi Semeru di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak empat kali pada Selasa, menghamburkan abu setinggi 800 meter dari puncaknya, menurut Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), lapor Xinhua.

“Letusan pertama berlaku pada 5.55 pagi waktu tempatan, dengan letusan abu mencapai 800 meter ke arah utara, diikuti letusan kedua pada 6.30 pagi dengan ketinggian abu mencecah 700 meter ke timur laut selama 120 saat,” kata Yadi Yuliandi, pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Semeru.

Letusan ketiga berlaku pada 8.41 pagi selama 113 saat, manakala letusan keempat pada 12.08 tengah hari berlangsung selama 135 saat dengan abu setinggi 800 meter.

Gunung berapi setinggi 3,676 meter yang terletak di sempadan Wilayah Lumajang dan Malang itu kini berada pada tahap amaran kedua.

PVMBG mengesyorkan orang ramai agar tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam radius 3 kilometer dan 8 kilometer ke arah tenggara dari puncak gunung, serta mengelakkan kawasan aliran sungai yang berpunca dari Gunung Semeru. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan