Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye (AFAD). Foto AFP

Gempa bumi bermagnitud 6.2 gegarkan Istanbul, cetus panik meluas

ByBernama

ISTANBUL, 23 April: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye (AFAD), lapor Agensi Anadolu (AA).

Gempa bumi berlaku pada pukul 12.49 tengah hari waktu tempatan (0949 GMT) dan gegaran kuat dirasai di seluruh Istanbul serta wilayah berdekatan, menyebabkan penduduk panik dan keluar meninggalkan bangunan.

Satu lagi gegaran susulan berukuran dengan magnitud 4.9 direkodkan pada pukul 1.02 tengah hari (1002 GMT) dengan pusatnya terletak di luar pesisir Buyukcekmece di Laut Marmara.

AFAD memaklumkan bahawa semua agensi berkaitan dan pasukan tindak balas telah digerakkan, dengan penilaian di lapangan sedang dijalankan bagi menilai kerosakan dan memastikan keselamatan awam.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa pemantauan rapi sedang dijalankan dan tindakan kecemasan sedang diselaraskan.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan besar.

Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdoğan dalam kenyataan berkata pihak berkuasa sedang memantau perkembangan dengan teliti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan