Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua cedera dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Simpang Buso Jalan Bau - Siniawan di sini, pagi tadi. Foto JBPM

Dua cedera kemalangan di Jalan Bau – Siniawan

BAU, 23 April: Dua cedera dalam kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah kereta di Simpang Buso Jalan Bau – Siniawan di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.50 pagi dengan menggerakkan anggota Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bauk ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian di dapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta Toyota Avanza.

“Anggota bomba membuat rawatan kepada dua orang mangsa yang menunggang motosikal dengan memasang cervical collar kepada kedua-dua mangsa tersebut yang di bantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa pertama yang dirawat oleh anggota bomba cedera pada bahagian kaki telah dipasang dengan lower limb dan mangsa dihantar dengan mengunakan EMRS.

“Mangsa yang kedua dihantar ke hospital oleh pihak ambulans APM.Setelah selesai dan memastikan tiada bahaya lain yang timbul,pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan