Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 Edisi United Kingdom akan diadakan di Royal Lancaster Hotel, London pada 3 Mei ini. Foto Persatuan Pelajar Sarawak (SSA) United Kingdom

Diaspora Sarawak di UK, Ireland dan Eropah dijemput hadiri Lan Berambeh Anak Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 23 April: Diaspora Sarawak di United Kingdom (UK), Ireland dan Eropah dijemput menghadiri Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 yang akan berlangsung di Royal Lancaster Hotel, London pada 3 Mei depan.

Persatuan Pelajar Sarawak (SSA) United Kingdom dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan bahawa diaspora Sarawak turut berpeluang untuk bertemu secara bersemuka dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Sesi Sarawak Agenda: Townhall Bersama YAB Premier Sarawak.

Bertemakan “Sarawakian Spirits Across Borders”, program ini merupakan anjuran bersama oleh Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak, Sarawak Volunteers (SV) dan SSA-UK.

Antara aktiviti yang dijadualkan termasuk Meet & Greet Anak Sarawak, Kenyalang Speaks dan Majlis Makan Malam Anak Sarawak.

“Ini bukan sekadar acara biasa, ia adalah sambutan warisan dan perpaduan kita sebagai anak Sarawak,” menurut kenyataan tersebut.

Walaupun penyertaan telah ditutup, diaspora Sarawak masih boleh mendaftar untuk senarai menunggu (waitlist) menerusi pautan berikut: https://forms.gle/v7umydDhHXMiw28y6.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi Sarawak Student Association UK.

Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) ialah perhimpunan tahunan yang bertujuan menghimpunkan anak-anak Sarawak yang menetap di luar Sarawak serta menyediakan platform untuk berinteraksi, membina rangkaian (networking) dan berkongsi ilmu.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, LBAS telah memainkan peranan penting dalam menyatukan pelajar dan profesional Sarawak, sekali gus memupuk perpaduan serta mengeratkan hubungan dengan tanah air. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan