KUCHING, 23 April: Penyerang muda berbakat Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Gabriel Nistelrooy Tamin mencipta sensasi apabila dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas dan Pemain Terbaik Piala MFL pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 di Kuala Lumpur, malam ini.
Anak kelahiran Miri itu mengungguli anugerah berprestij tersebut selepas tampil cemerlang sepanjang musim dengan rekod 24 jaringan yang mengukuhkan statusnya sebagai penyerang paling prolifik dalam saingan kali ini.
Prestasi luar biasa Gabriel sepanjang musim ini telah menonjolkan kematangannya sebagai seorang pemain muda yang berpotensi besar untuk menjadi bintang masa depan bola sepak negara. -TVS