Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejak Oktober 2023, hampir 51,300 rakyat Palestin terbunuh di wilayah itu, majoritinya wanita dan kanak-kanak. Foto AFP

16 lagi rakyat Palestin maut dalam serangan udara Israel di Gaza

ByBernama

ANKARA, 23 April: Enam belas lagi rakyat Palestin maut dalam beberapa serangan udara Tentera Israel di Semenanjung Gaza pada Rabu, menurut sumber perubatan dan tempatan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sepuluh orang terbunuh dalam satu serangan yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk yang dipindahkan di kejiranan Al-Tuffah, timur laut Bandaraya Gaza, menurut Pasukan Pertahanan Awam.

Empat lagi terbunuh manakala beberapa cedera dalam serangan udara ke atas kediaman di Bandar Jabalia, utara Gaza, katanya.

Di selatan Gaza, dua rakyat Palestin maut manakala beberapa yang lain cedera dalam dua serangan berasingan di timur Khan Younis dan kawasan Al-Mawasi di barat bandar itu, menurut sumber perubatan.

Lima individu turut cedera dalam satu lagi serangan yang mengenai khemah pelarian di Bandar Bani Suhaila, timur Khan Younis, menurut saksi.

Tentera Israel turut melepaskan tembakan mesingan berat ke kawasan kediaman di timur Bandar Gaza serta kawasan timur Kem Pelarian Maghazi di tengah Gaza.

Israel menyambung semula serangan ketenteraannya ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac selepas menghentikan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang dilaksanakan sejak Januari.

Sejak Oktober 2023, hampir 51,300 rakyat Palestin terbunuh di wilayah itu, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel turut berdepan perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas dakwaan jenayah genosid di wilayah itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan