Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita berusia 20-an diberkas polis selepas melakukan kegiatan mencuri beg galas di dalam pejabat balai bomba sukarela di Bagan Ajam, Butterworth semalam. Foto, Persatuan Bomba Sukarela Bagan Ajam Butterworth Pulau Pinang (FB).

Wanita bermotosikal curi beg sandang ditahan polis

BUTTERWORTH, 22 April: Polis menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri beg sandang di pejabat sebuah persatuan bomba sukarela di Jalan Pantai Bersih, Bagan Ajam di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan C. Tharmalingam berkata, wanita itu ditahan selepas polis menerima laporan kehilangan beg sandang milik seorang lelaki yang bertugas di situ kira-kira pukul 10.20 malam kelmarin.

Ujarnya, berdasarkan siasatan polis telah menemui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kegiatan suspek berusia 20-an itu, namun tiada saksi bebas semasa kejadian.

“Wanita warga tempatan itu dilihat menunggang motosikal, telah masuk ke tempat kejadian iaitu pejabat bomba sukarela.

“Dia mengambil sebuah beg sandang pengadu yang sedang tidur dalam pejabat sebelum suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, suspek yang berjaya diberkas tersebut didapati tiada rekod jenayah lampau selain ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, rakaman CCTV berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

Rakaman berdurasi 3 minit 19 saat itu memaparkan seorang wanita yang menunggang motosikal seorang diri datang ke pekarangan pejabat berkenaan.

Dia dilihat memasuki ruang pejabat balai bomba itu dan mengambil beg sandang di atas meja, manakala seorang lelaki sedang tidur di atas sofa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan