Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peter Lau Hui Han pada sidang media Pelancaran SHEDA Property Expo 2025 di Kuching, hari ini. Foto TVS

SHEDA Property Expo 2025 janji pengalaman menarik kepada pengunjung

KUCHING, 22 April: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) bakal menganjurkan SHEDA Property Expo 2025 pada 22 sehingga 24 Ogos 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pengerusi Penganjur SHEDA Property Expo 2025 Peter Lau Hui Han berkata, ekspo tersebut berperanan sebagai platform menghubungkan pemaju, pemain industri serta bakal pembeli rumah.

“Kami memahami kepentingan mempamerkan tawaran terbaik anda kepada khalayak sasaran oleh itu ekspo tahun ini akan menampilkan susun atur baharu yang direka bentuk untuk memaksimumkan interaksi dan keterlihatan pengunjung untuk peserta pameran,” katanya pada sidang media pelancaran SHEDA Property Expo 2025 di sini, hari ini.

Tambahnya, 62 tapak pameran bakal dibuka kepada para peserta yang berminat dan pihaknya menjangkakan lebih 5000 orang awam bakal menghadiri ekspo hartanah ini.

Satu persidangan serentak iaitu SHEDA ENCORE akan turut dilaksanakan untuk memberikan pandangan dan pengetahuan yang berharga serta memberi manfaat kepada semua profesional industri ini.

SHEDA menawarkan diskaun awal untuk peserta pameran di mana ahli SHEDA layak mendapatkan diskaun 10 peratus, manakala bukan ahli SHEDA boleh menikmati diskaun lapan peratus dan diskaun ini terpakai semasa pendaftaran dan bayaran pendahuluan 50 peratus, diselesaikan sebelum 6 Mei.

Bagi peserta pameran yang mengambil bahagian dalam ekspo edisi 2022, 2023 dan 2024 secara berturut-turut akan menerima sehingga sembilan peratus diskaun tambahan, di mana ahli SHEDA berpeluang menikmati diskaun tambahan eksklusif 10 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan