Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan Anjung Usahawan Kampung Pahlawan. Foto TVS

Sarawak cadang buka pejabat STATO di Kalimantan – Awang Tengah

LIMBANG, 22 April: Sarawak bercadang untuk membuka Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATO) di Kalimantan, Indonesia selepas penubuhan sama dibuat di Singapura dan negara Brunei Darussalam.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penubuhan STATO itu seiring dengan hasrat kerajaan negeri untuk meluaskan lagi pasaran ekonomi dan ekopelancongan.

Jelasnya, pejabat itu akan berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan perdagangan dan budaya, serta membuka peluang baru dalam sektor ekonomi dan pelancongan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Jadi ini dalam perancangan sekarang dan kita cuba nak mengenalpasti bangunan yang sesuai, sebenarnya tahun lepas saya ada perancangan untuk pergi ke Pontianak untuk mengenalpasti bangunan yang sesuai tapi belum ada kesempatan.

“Dalam tahun ini kita akan pergi ke sana untuk mengenalpasti pejabat yang sesuai untuk kita mewujudkan STATO di Kalimantan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Anjung Usahawan Kampung Pahlawan, Limbang dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 di Kampung Pahlawan Limbang hari ini.

Menurut Awang Tengah, inisiatif ini menunjukkan komitmen Sarawak untuk memupuk kerjasama yang lebih erat dengan negara jiran dan integrasi serantau di Asia Tenggara, sekali gus meningkatkan pasaran perdagangan dan perniagaan di negeri ini.

Katanya, kerajaan amat menyedari pentingnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS)sebagai pemangkin kepada ekonomi dan untuk meningkat taraf hidup rakyat khususnya di luar bandar.

“IKS menjadi salah satu penyumbang amat besar kepada pelaburan dan ekonomi negeri dengan kebanyakannya terbabit dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan.

“Melalui penubuhan STATO ini  IKS di Sarawak dapat diperluaskan pasaran produk dan perniagaan mereka ke luar negara, khususnya negara rantau Asia,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan