Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Hajiji Noor dan Dato Sri Julaihi Narawi menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Energy Commission of Sabah dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di Kota Kinabalau, hari ini. Foto TVS

Sarawak bekal elektrik ke Sabah menjelang hujung 2025

KOTA KINABALU, 22 April: Pembekalan tenaga elektrik dari Sarawak ke Sabah dijangka akan bermula menjelang hujung 2025 selepas siapnya projek Northern Grid Extension di Sarawak.

Fasa pertama pengeksportan tenaga itu akan melibatkan sebanyak 30 megawatt (MW) namun boleh dinaikkan sehingga 80 MW tertakluk kepada kemampuan grid di Sabah.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, berdasarkan kepada kemajuan terkini, projek berkenaan sudah berada di peringkat akhir.

Katanya, penambahan jumlah bekalan elektrik berkenaan akan dapat dilaksanakan selepas pembinaan grid di utara Sarawak siap sepenuhnya.

“Pada asalnya kita bersetuju untuk membekal 30MW kepada Sabah, tertakluk kepada siapnya grid yang di bahagian utara Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Energy Commission of Sabah (ECoS) dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, Sarawak juga mempunyai perancangan jangka masa panjang dengan mensasarkan untuk menjadi salah satu hab tenaga elektrik ke negara Asean.

Katanya, Sarawak turut mensasarkan untuk membekalkan bekalan elektrik ke Singapura.

“Selepas kita melihat grid di Borneo, kita boleh melihat untuk jangka panjang seperti yang disasarkan dan dicadangkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Kita pun sudah mempunyai sasaran untuk membekalkan bekalan elektrik ke Singapura yang mempunyai kapasiti 1,000 MW.

“Dan satu lagi ialah 1,000 MW ke Semenanjung Malaysia, maknanya kita akan gunakan kabel dasar laut dari Kuching ke Singapura dan juga dari Kuching ke Semenanjung Malaysia.

“Maknanya, pada masa depan Sarawak akan menjadi hab tenaga untuk bukan sahaja untuk Borneo tetapi juga untuk Malaysia dan ASEAN. Ini rancangan jangka masa panjang,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan