Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah pada majlis perasmian blok asrama dan kuarters guru Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Ulu Merapok. Foto TVS

Salur maklumat tepat dalam perancangan projek bagi elak pembaziran

LAWAS, 22 April: Semua ketua jabatan, agensi dan badan pelaksana diingatkan menyediakan maklumat yang tepat kepada pihak pentadbiran atasan dalam merancang sesuatu projek di kawasan masing-masing.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata penyampaian maklumat daripada pegurusan terendah hingga tertinggi perlu diaplikasikan dalam perancangan dan perlaksanaan sesuatu projek di bawah bidang kuasa jabatan atau agensi masing-masing.

Menurut beliau ia penting dalam memastikan perlaksanaan projek dapat memberi impak maksima kepada rakyat dan mampu mengelak berlakunya ketirisan atau pembaziran wang negara.

“Saya ingin menyeru kepada ketua-ketua jabatan, ketua-ketua agensi, badan-badan pelaksana jangan seratus peratus kita ikut sahaja daripada pihak atasan.

“Kita berhak untuk memberi input kenapa kita sediakan tapak baru untuk Sekolah Ulu Merapok kerana kita tahu tempat yang sedia ada ini dilaksanakan satu projek untuk satu blok pembinaan tempat itu kalau hujan saja dia akan dilanda dengan banjir berkali-kali dalam setahun.

“Kalau peruntukan tak cukup untuk buat sepenuhnya, janganlah membazir kita buatlah satu blok cukup dan secara berperingkat.

“Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi input-input dan kita mengemukakan cadangan-cadangan,” beliau berkata demikian pada majlis perasmian blok asrama dan kuarters guru Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Ulu Merapok pada Isnin.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Sam Laya serta Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi dan Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara(NRDA) Datu Ubaidillah Latip.

Awang Tengah turut menegaskan bahawa walaupun soal pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan Sarawak juga mempunyai hak untuk menyuarakan keperluannya dalam memastikan semua projek berkaitan pendidikan dapat dilaksana dengan penuh tanggungjawab.

Jelasnya kebanyakan pembangunan infarstruktur pendidikan di Sarawak telah banyak menggunakan dana kerajaan Sarawak berbanding peruntukan kerajaan persekutuan yang lambat dan sukar untuk diluluskan untuk Sarawak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan