Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Hajiji Noor dan Dato Sri Julaihi Narawi pada Majlis Menandatangani MoU antara ECoS dan MUT Sarawak serta Pelancaran Label ECoS/Sirim di Kota Kinabalu, hari ini. Foto TVS

Sabah dan Sarawak meterai MoU tingkat keselamatan barangan elektrik dan gas

KOTA KINABALU, 22 April: Pelancaran Label Keselamatan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS)-SIRIM adalah satu langkah proaktif ECoS untuk melindungi kepentingan pengguna, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, ia dapat memastikan hanya peralatan elektrik dan gas yang selamat serta berkualiti tinggi akan dipasarkan di negeri ini.

“Pelancaran label ini juga membawa kepada program penting yang berkaitan iaitu Memorandum Persefahaman (MoU) antara ECoS dan Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak.

“Kerjasama strategik ini sangat penting dan menzahirkan pengiktirafan bersama terhadap keselamatan peralatan elektrik dan gas serta menekankan peranan ECoS dalam memastikan produk yang digunakan oleh rakyat memenuhi piawaian tertinggi.

“Ia juga menunjukkan satu lagi bidang kerjasama untuk manfaat bersama hasil pertalian erat yang sedia terjalin di antara Sabah dan Sarawak melalui kedua-dua badan berkuasa pengawal selia masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani MoU antara ECoS dan MUT Sarawak serta Pelancaran Label ECoS/Sirim dan Pelancaran Program TVET Angkat ECoS di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya dan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Hajiji berkata, beliau amat yakin dengan termeterainya MoU itu akan memperluaskan pasaran produk-produk yang berkualiti dan diiktiraf bagi kemudahan pengguna dan peniaga kedua-dua negeri.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar mengutamakan keselamatan elektrik dan gas serta memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan terutamanya barangan yang berisiko tinggi.

Katanya, kerajaan amat komited dan serius dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam aspek keselamatan barangan pengguna.

“Kerajaan negeri menyokong dan amat mengalu-alukan usaha yang diambil oleh ECoS bersama kerajaan Sarawak dalam aspek keselamatan peralatan elektrik dan gas di kedua-dua negeri,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan