Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Minuman keras dan rokok yang dirampas JKDM Sarawak. Foto JKDM

Rokok, arak tidak berkastam bernilai setengah juta Ringgit dirampas di Miri

KUCHING, 22 April: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menumpaskan aktiviti penjualan rokok dan minuman keras yang disyaki sebagai barangan tidak berkastam dalam satu operasi di kawasan perindustrian Eastwood Valley, Miri pada Mac lepas.

Pengarahnya, Norizan Yahya, berkata dalam operasi yang dijalankan pada 16 Mac lalu, sepasukan pegawai dari Unit Operasi Darat, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Miri bertindak berdasarkan maklumat risikan yang diterima dari Zon Risikan Ibu Pejabat.

“Pemeriksaan terhadap sebuah kontena bersaiz 20 kaki yang berkunci telah menemui sebanyak 700,000 batang rokok putih pelbagai jenama tanpa setem cukai serta 1,536 liter minuman keras yang disyaki tidak berkastam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggaran nilai keseluruhan barangan yang disita adalah RM74,372.00, manakala jumlah duti dan cukai yang terlibat mencecah RM492,319.20, menjadikan nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai sebanyak RM566,691.20.

Menurut Norizan, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan modus operandi dengan menjadikan kontena sebagai tempat penyimpanan barangan larangan itu.

Rokok dan minuman keras adalah barangan larangan bersyarat di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 yang memerlukan Permit Import.

Katanya lagi, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan