Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam ketika merakam gambar kenangan bersama para pemenang pertandingan pintu gerbang terbaik peringkat Daerah Debak. Foto TVS

RM 1.5 juta untuk naik taraf infrastruktur sekolah di Saribas

DEBAK, 22 April: Peruntukan berjumlah RM 1.5 juta disalurkan kepada semua sekolah di dalam kawasan Saribas pada tahun 2024 yang lepas, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Menurutnya peruntukan itu disediakan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) iaitu sebanyak RM300,000 adalah sumbangan daripada MRP yang disalurkan terus kepada pihak sekolah.

“Di bawah Pusat Khidmat DUN Saribas tahun lepas saya telah mengeluarkan peruntukkan lebih kurang 1.5 juta.

“Peruntukan tersebut adalah daripada Projek Transformasi Luar Bandar dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Saribas.

“Yang mana kebanyakkannya bagi tujuan untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur berdasarkan permintaan daripada pihak sekolah,” katanya.

Jelasnya, daripada jumlah itu sebanyak RM300,000 adalah sumbangan menerusi MRP yang disalurkan terus kepada pihak sekolah.

Mohammad Razi yang juga ADUN Saribas, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelbagai pihak terutamanya Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu dan Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) di atas sumbangan dana masing-masing bagi tujuan yang sama selama ini kepada sekolah-sekolah di Saribas.

Untuk rekod, terdapat sebanyak 17 buah sekolah rendah dan menengah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas ketika ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan