Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Duri mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek Kawasan DUN Kalaka di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Projek bekalan elektrik baharu di Kabong diharap atasi gangguan bekalan elektrik

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 22 April: Projek bekalan elektrik baharu di daerah Kabong yang melibatkan projek naik taraf pemasangan talian grid 33 kilovolt (KV) dari Kampung Kaba menuju ke simpang Nyabor diharap dapat memberikan bekalan elektrik yang lebih stabil di daerah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak telah melantik Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk melaksanakan projek berkenaan.

“Projek ini sangat penting bagi daerah Kabong, di mana talian 33kV ‘overhead line’ tersebut akan membekalkan bekalan elektrik dengan sumber daripada sub stesen Kampung Pusa.

“Ini akan menjadi sumber bekalan ketiga yang dapat digunakan sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik ,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka, di DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Mohamad Duri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) berkata, langkah ini penting untuk memastikan daerah Kabong tidak lagi terlalu bergantung pada satu sumber bekalan elektrik utama dari sub stesen Sarikei.

Selain itu, menurut beliau, dengan adanya talian grid 33kV itu, ia akan mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku di kawasan tersebut dan memastikan penduduk di DUN Kalaka turut mendapat kemudahan asas elektrik yang lebih boleh dipercayai.

Justeru, katanya, projek ini juga diharap dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat dan memberi keselesaan lebih kepada semua kampung di daerah tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan