Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memarahi dan memukul kanak-kanak perempuan di sebuah premis dobi layan diri di sini, Rabu lepas. Foto hiasan Envato

Polis tahan wanita kes pukul anak di premis dobi layan diri

ByBernama

CHUKAI, 22 April: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memarahi dan memukul kanak-kanak perempuan di sebuah premis dobi layan diri di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata wanita berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di sekitar daerah berkenaan pada 7.27 malam, semalam.

Beliau berkata penahanan itu susulan rakaman video tular menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi dan dipukul wanita dipercayai ibunya di sebuah kedai dobi layan diri.

“Siasatan mendapati wanita berkenaan bertindak sedemikian (memarahi dan memukul) kerana bimbang keselamatan anaknya yang berisiko dilanggar kenderaan kerana berlari-lari di hadapan kedai,” katanya satu dalam kenyataan.

Mohd Razi berkata mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi telah menerima rawatan di Hospital Kemaman, dan kini berada di bawah jagaan bapanya.

Beliau berkata wanita terbabit ditahan reman hingga hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Polis turut meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-8592222. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan