Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Gereja Roman Katolik Paus Francis, yang meninggal dunia pada Isnin, akan dikenang bukan hanya sebagai paus pertama dari Selatan Global tetapi juga sebagai pejuang moral bagi belas kasihan, kerendahan hati dan keadilan dalam dunia yang serba mencabar. Foto fail AFP

PM sifat Paus Francis sebagai pejuang keadilan dalam dunia serba mencabar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 April:  Ketua Gereja Roman Katolik Paus Francis, yang meninggal dunia pada Isnin, akan dikenang bukan hanya sebagai paus pertama dari Selatan Global tetapi juga sebagai pejuang moral bagi belas kasihan, kerendahan hati dan keadilan dalam dunia yang serba mencabar.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen Paus Francis terhadap persefahaman antara agama, pengawasan alam sekitar dan maruah golongan terpinggir seringkali bergema serta dilaungkan di luar Gereja Katolik.

“Paus Francis adalah penyokong tegar ke arah keamanan dan usaha beliau untuk membina jambatan yang merentasi agama serta budaya telah mendapat penghormatan ramai termasuk dunia Islam.

“Beliau berbicara dengan moral yang jelas tentang kesengsaraan yang dialami di Gaza dan mengingatkan dunia bahawa kita harus menunjukkan sifat belas kasihan kepada semua mangsa keganasan tanpa mengira di mana mereka berada,” katanya.

Anwar berkata Paus Francis turut memperjuangkan maruah pendatang dan pelarian serta menggesa komuniti antarabangsa agar membela nasib mereka dengan kemanusiaan dan kesedaran.

Perdana Menteri berkata sumbangan Paus Francis semasa hayatnya dan ketabahan beliau mengingatkan kita kepada kata-kata William Shakespeare atau The Bard: His life was gentle, and the elements so mix’d in him that Nature might stand up and say to all the world, ‘This was a man.

Secara peribadi, Anwar berkata beliau diberi penghormatan untuk melawat Paus Francis ketika berada di Vatican.

“Saya amat dukacita dengan pemergian Yang Mulia Paus Francis.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, I merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada Holy See, serta penganut Katolik di seluruh dunia termasuk komuniti Katolik di Malaysia.

“Semoga legasi beliau berkekalan,” katanya.

Paus Francis menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 88 tahun.

Beliau sudah lama bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit asma yang dikaitkan dengan trombositopenia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan