Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain beregu campuran profesional negara Shevon Lai Jemie sedia 'dipisahkan’ dengan gandingannya Goh Soon Huat sekiranya langkah itu mampu memberi dimesi baharu buat skuad negara pada saingan Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China nanti. Foto fail AFP

Piala Sudirman 2025: Shevon sedia ‘dipisahkan’

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 April: Pemain beregu campuran profesional negara Shevon Lai Jemie sedia ‘dipisahkan’ dengan gandingannya Goh Soon Huat sekiranya langkah itu mampu memberi dimesi baharu buat skuad negara pada saingan Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China nanti.

Menurut Shevon, langkah itu bukan sahaja sebagai strategi pasukan tetapi juga memberikan pengalaman segar apabila beraksi bersama gandingan baharu.

“Jika pasukan mahukan kita untuk dipisahkan (dengan gandingan sedia ada), kita tiada masalah untuk melakukannya demi pasukan.

“Sebenarnya ia satu pengalaman yang baik kerana kita dapat mempelajari sesuatu menerusi pasangan baharu dan menyuntik nafas baharu ketika pertandingan,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pusat di sini hari ini.

Pada masa sama, pemain berpengalaman berusia 31 tahun itu sedia membantu pemain muda bagi menghadapi saingan kompetitif Piala Sudirman yang akan berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Xiamen, Gimnasium Fenghuang pada 27 April hingga 4 Mei ini.

Sementara itu, Shevon mengakui gandingannya bersama Soon Huat berada dalam prestasi terbaik menjelang kejohanan dwitahunan itu.

Beliau mengakui sangat berbangga kerana diberikan peluang mewakili negara ke Piala Sudirman buat kali ketiga dan mengakui tekanan tetap dirasai apatah lagi mereka kini menghuni ranking ketiga dunia dan beregu campuran utama negara.

“Saya dan Soon Huat telah melalui pelbagai cabaran dan kami berjaya menanganinya dengan baik. Tidak sempurna tetapi lebih baik berbanding sebelumnya dan kami tahu cara mengawal emosi,” katanya.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan C akan membuka tirai kempen Piala Sudirman 2025 menentang Perancis pada 28 April diikuti Australia (29 April) dan pilihan ketiga Jepun (1 Mei).

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan