Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman Foto TVS

Perarakan kenderaan elektrik kemuncak Hari Bandaraya 2025

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 21 April: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjanjikan pelbagai acara menarik menghiasi sambutan Hari Bandaraya Kuching 2025 yang dijadual berlangsung mulai 1 Ogos ini.

Antara acara kemuncak yang bakal mencuri tumpuan ialah Street Parade bertemakan “Parade of the Lights”, yang akan menampilkan peragaan kenderaan elektrik (EV), motosikal dan basikal EV.

Menurut Datuk Bandarnya, Dato Hilmy Othman, sambutan kali ini amat signifikan kerana ia diraikan seiring dengan pembangunan pesat dan perubahan landskap bandar Kuching yang menyeluruh.

“Kuching kini sedang melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal tetapi juga dalam memperkukuh perpaduan dan semangat komuniti antara warga kita.

Kalau perarakan ini nanti dapat diadakan dengan jayanya, maka ia akan melimpahi cahaya bergemerlapan di sepanjang jalan pada malam itu dengan harapan sinar dari cahaya-cahaya ini akan membawa rakyat Kuching ke suatu tahap yang cemerlang,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 1446H/2025M pada Syawal ke-23, di sini, hari ini.

Selain itu, tambah beliau, pelbagai acara menarik turut dirancang sepanjang sambutan Hari Bandaraya Kuching 2025, antaranya Kuching Music Festival, Kuching Light & Floral Festival, dan Kuching International Cat Festival yang sememangnya dinantikan warga tempatan serta pelancong dari dalam dan luar negara.

Pada masa sama, beliau turut menyenaraikan beberapa projek pembangunan utama yang sedang dilaksanakan di bawah DBKU, termasuk pembinaan Jambatan Bintangor yang dijangka siap pada April ini, serta pembangunan sambungan tebingan Kuching dari Jambatan Bintangor ke Jambatan Satok — yang berpotensi menjadi tebingan terpanjang di negara ini.

“Di kawasan Kuching Utara, kita juga sedang giat melaksanakan sistem Automated Rapid Transit (ART) di bawah Pelan Induk Pengangkutan Awam Kuching. Selain itu, pembinaan Jambatan Sejingkat ke Tanjung Bako, pembangunan jalan pesisir dari Bako ke Buntal, serta cadangan pembangunan di Semenanjung Santubong turut dalam perancangan.

Semua ini dijangka memberi impak besar dari segi ekonomi, mobiliti, dan tarikan pelancongan,” jelasnya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah atas sokongan berterusan dalam bentuk bimbingan, peruntukan dan kerjasama rapat dalam menjayakan pelbagai program anjuran DBKU. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan