Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Upacara pengebumian Paus Francis akan diadakan pada Sabtu di Basilika Santa Maria Maggiore di Rom. Foto fail AFP

Pengebumian Paus Francis ditetapkan pada Sabtu di Rom

ByBernama

ROM, 22 April: Upacara pengebumian Paus Francis akan diadakan pada Sabtu di Basilika Santa Maria Maggiore di Rom, menurut pengumuman Vatikan pada Selasa selepas mesyuarat kardinal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebelum meninggal dunia, Paus Francis menyatakan hasratnya untuk dikebumikan di gereja itu, yang merupakan antara tempat kegemarannya, dan bukan di Basilika St Peter yang lebih megah seperti kebiasaan bagi para paus yang telah meninggal dunia.

Pemimpin dunia dijangka menghadiri upacara pengebumian itu.

Ketika ini, jasad Francis ditempatkan di dalam keranda terbuka di sebuah kapel di rumah tetamu Santa Marta, bekas kediamannya, bagi membolehkan para kardinal, pegawai dan kakitangan Vatikan memberikan penghormatan terakhir.

Francis, yang berusia 88 tahun, meninggal dunia akibat strok dan kegagalan jantung pada pagi Isnin Easter. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan