Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kasih sayang seorang ayah, Masli Bojeng, 54, bersama anak kesayangan Muhammad Fayyadh Hadif berusia 4 tahun 3 bulan yang menderita akibat penyakit kegagalan fungsi hati sejak dilahirkan.

Penderitaan adik Fayyadh mula dapat perhatian, RM45,758 dikumpul setakat ini

BySafri Ali

KUCHING, 22 April: Penderitaan adik Muhammad Fayyadh Hadif berusia 4 tahun 3 bulan yang menderita akibat penyakit kegagalan fungsi hati sejak dilahirkan mula mendapat perhatian orang ramai selepas disiarkan di Televisyen Sarawak (TVS) Ahad lalu.

Menurut bapanya, Masli Bojeng, 54, setakat ini sejumlah RM45,758 berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada orang ramai.

“Saya bagi pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan orang ramai yang bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban yang dipikul kami di saat mengharungi kesukaran ini bagi menjalani pembedahan anak yang akan dijalankan di Hospital Renji Shanghai China.

“Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa individu dan mereka yang telah membantu meringankan beban untuk menjayakan pembedahan ini,” katanya kepada TVS hari ini.

Katanya, untuk melakukan pembedahan anaknya itu sebanyak RM185,000 diperlukan, hanya pembedahan pemindahan hati kali kedua itu memberi peluang kepada anak bongsu daripada tiga adik beradik itu kembali sihat.

“Kelulusan dari pihak perubatan dari negara China untuk melakukan pembedahan sudah ini, cuma sekarang kita menunggu jumlah wang yang dikumpul mencukupi dan sekiranya cukup pembedahan ini akan dilakukan segera.

“Pembedahan ini perlu dilakukan di luar negara memandangkan tiada kepakaran di Malaysia buat masa ini, malah kali ini saya sendiri akan menjadi penderma hati kepada Fayyadh,” ujarnya.

Masli yang berasal dari Bau dan kini menetap di Kampung Jaie, Sadong Jaya berkata, sebagai ketua keluarga dia dan isteri telah memberikan yang terbaik untuk memastikan anak meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

https://staging.tvsarawak.my/2025/04/20/fayyadh-derita-akibat-kegagalan-fungsi-hati-bapa-rayu-sumbangan-rm185000/

“Kami tahu semangatnya tetap kuat mengharungi penyakit yang dialaminya kerana daripada 10 pesakit yang menghidapi penyakit seperti ini hanya dua daripada mereka yang selamat.

“Malah, untuk menyelamatkan anak saya dan isteri sanggup berhabis wang dan harta, mengeluarkan simpanan yang ada dan menjual tanah yang ada semata-mata demi anak kesayangan,” ujarnya yang bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sebuyau.

Sehubungan itu, Masli memohon sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban dalam menjalani rawatan anaknya semasa dan selepas pembedahan pemindahan hati di negara China.

Berat mata memandang berat lagi baru yang memikul, orang ramai yang dikurniakan dengan rezeki yang lebi boleh menyalurkan sumbangan kepada Masli Bojeng melalui akaun Maybank (111065196995).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan