Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohamad Razi Sitam menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan busana terbaik pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SK Datuk Bandar Debak, hari ini. Foto TVS

Pemakaian lencana Jalur Gemilang semai semangat patriotik murid sekolah

DEBAK, 22 April: Inisiatif Kementerian Pendidikan yang mewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid sekolah disifatkan sebagai langkah tepat dalam menyemai dan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, langkah itu juga dilihat mampu menjadi penyelesaian kepada isu-isu berkaitan ilustrasi Jalur Gemilang yang timbul sebelum ini.

“Pelaksanaan pemakaian Lencana Jalur Gemilang ini adalah satu inisiatif yang amat baik oleh Kementerian Pendidikan dan berupaya menanam semangat cintakan negara dalam diri murid sejak di bangku sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Bandar Debak, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas menegaskan bahawa kegagalan menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda boleh membawa kesan negatif pada masa hadapan.

“Apa yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan ketika ini merupakan langkah yang wajar dan perlu disokong semua pihak,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan