Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan menggunakan pisau awal pagi Selasa. Foto hiasan Envato

Pekerja kedai roti bunuh tujuh rakan sekerja dalam serangan pisau di Filipina

ByBernama

ANKARA, 22 April: Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan menggunakan pisau awal pagi Selasa, menurut pihak polis.

Serangan itu berlaku di Antipolo City, Wilayah Rizal, di timur Manila, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar tempatan ABS-CBN.

Menurut polis, suspek memasuki kedai roti dan menikam tujuh rakan sekerjanya hingga maut ketika mereka sedang tidur di dalam bangunan itu. Dia bertindak secara bersendirian dan kemudian menyerah diri.

Suspek lelaki itu ditahan sejurus selepas kejadian. Dalam satu rakaman video yang dimuat naik polis di media sosial, suspek mengaku melakukan pembunuhan dan mendakwa mangsa berpakat untuk membunuhnya.

Pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan itu serta menjalankan penilaian terhadap tahap kesihatan mental suspek. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan