Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Wee Hong Seng merakamkan foto kenangan bersama 135 pelajar Sekolah Menengah Chung Hua No. 3 di Kuching pada Selasa. Foto TVS

MBKS didik pelajar dekati alam sekitar dengan amali

KUCHING, 22 April: Pendekatan secara amali atau ‘hands-on’ selain perkongsian wacana berkaitan alam sekitar, menjadi wadah bagi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam mendidik generasi muda tentang kepentingan pemeliharaan serta pemuliharaan ekosistem di wilayah ini.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, pendedahan awal ini penting, agar generasi muda cakna serta prihatin akan kepentingan mengekalkan kelestarian alam sekitar, selain untuk memastikan generasi akan datang dapat mewarisi persekitaran dan khazanah alam yang hijau, mapan dan kondusif untuk didiami.

“Tema “Kuasa Kita, Bumi Kita” pada tahun ini, menyeru setiap individu, komuniti serta kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk bekerjasama selain memahami tanggungjawab untuk membawa perubahan positif dalam persekitaran kita. Bagi kami di MBKS, ia bukan sekadar satu tema, tetapi satu komitmen yang kami terapkan dalam setiap inisiatif yang kami laksanakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Alam Sekitar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sempena Hari Bumi Sedunia 2025 bersama para pelajar Sekolah Menengah (SM) Chung Hua No. 3 di Kuching pada Selasa.

Seramai 135 orang pelajar dari SM Chung Hua No. 3 melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti anjuran MBKS dan ini termasuklah aktiviti penanaman pokok serta ceramah tentang alam sekitar.

Program ini merupakan usaha Majlis Bandaraya Kuching Selatan dalam mendidik serta menyemai rasa cinta akan alam sekitar kepada golongan muda, terutama para pelajar sekolah di wilayah ini seiring dengan Hari Bumi Sedunia 2025.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan