Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada perasmian majlis angkat sumpah Ahli Majlis Daerah Lawas. Foto TVS

Lawas berupaya tarik pelabur, taman perindustrian diwujudkan – Awang Tengah

LAWAS, 22 April: Pembangunan taman perindustrian dan suasana kondusif amat diperlukan dalam usaha menarik pelaburan besar ke daerah paling utara di Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, kepelbagaian potensi semula jadi yang ada di Lawas perlu dimanfaat selain kedudukannya yang strategik.

“Kita mahu menjadikan Lawas ini sebahagian daripada pusat untuk pelaburan sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Sebab itu kita rancang untuk mewujudkan taman perindustrian, apa yang kita mahu ialah sesuatu yang besar dan kemudahan-kemudahan ini ia akan menjadi faktor yang penting untuk kita menjadikan Lawas ini sebahagian kecil daripada usaha kita untuk menarik pelaburan sama ada daripada luar mahupun dalam.

“Kita rancang kerana kita mahu ekonomi kita bergerak maju ke depan kita mahu meningkatkan lagi peluang untuk masyarakat kita terlibat dalam aktiviti ekonomi,” katanya pada perasmian majlis angkat sumpah Ahli Majlis Daerah Lawas di Hotel Seri Malaysia Lawas hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha-setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Sam Laya, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Latip dan Pegawai Daerah Lawas selaku Pengerusi Majlis Daerah Lawas Ladin Atok.

Pada masa yang sama Awang Tengah mahu daerah Lawas diurus dengan baik dan menjadikan Lawas sebuah bandar taman.

Menurutnya, pembangunan sesebuah bandar itu tidak semestinya digambarkan dengan bangunan konkrit tetapi sesuatu yang lebih mesra kepada alam sekitar.

Pembangunan lestari perlu diberi keutamaan dalam memastikan alam sekitar sentiasa dijaga dengan baik demi manfaat semua manusia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan