Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta Perodua Kancil terbakar di lampu isyarat Jalan Airport, Miri, petang tadi. Foto JBPM

Kereta terbakar di lampu isyarat Jalan Airport, Miri

MIRI, 22 April: Sebuah kereta Perodua Kancil terbakar di lampu isyarat Jalan Airport di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.22 petang dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar dianggarkan 80 peratus.

“Terdapat dua orang mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dua nozel sumber air dari pam jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

“Setelah keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan