Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing bersama rakyat dalam program lawatan ke rumah panjang Pra Gawai di Sungai Galan dan Sungai Baron Bintangor. Foto TVS

Kerajaan Sarawak pastikan warga rumah panjang di Meradong tidak tercicir

MERADONG, 22 April : Kerajaan Sarawak komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk rumah panjang di kawasan Meradong, sekali gus memastikan mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, usaha tersebut akan digerakkan menerusi pelbagai pendekatan, termasuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek rakyat di kawasan itu.

Selain itu katanya, projek baik pulih rumah rakyat juga akan diteruskan bagi memastikan penduduk dapat menikmati kediaman yang lebih selesa, selamat dan kondusif.

“Tidak sekadar itu, kerajaan juga menyediakan pelbagai bantuan seperti Kad Emas Kenyalang, Bantuan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), Program Faedah Kesihatan Warga Emas Sarawak (SCHB), Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Program Endowment Fund Sarawak (EFS) dan lain -lain lagi,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan pra Gawai ke rumah panjang di kawasan Sungai Galan dan Sungai Baron, pada Isnin.

Menurut beliau, rakyat di kawasan itu menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan menerusi pelbagai permohonan yang disampaikan kepadanya.

“Mereka menyambut kedatangan saya dan rombongan dengan penuh mesra. Ini menunjukkan mereka percaya bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa menjaga kebajikan rakyat, memberi perhatian dan kasih sayang,” jelasnya.

Tambah Kuong Hiing, lawatan ke rumah panjang setiap kali menjelang perayaan Gawai merupakan salah satu program tahunan yang diamalkannya sejak bergelar wakil rakyat.

“Melalui pendekatan ini, saya bukan sahaja dapat mendekati rakyat, tetapi juga menyelami permasalahan mereka dengan lebih dekat. Ini membolehkan saya menyalurkan bantuan dan penyelesaian yang bersesuaian,” katanya.

Beliau turut berharap agar kerjasama semua pihak, termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dapat diperkukuh bagi memastikan setiap agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

“Sikap proaktif pimpinan akar umbi amat penting dalam mewujudkan kesejahteraan masyarakat di kawasan ini,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SUPP Bintangor, Chieng Boung Ong,Setiausaha Parti SUPP Cawangan Bintangor, Lau Sie Hing, Bendahari Parti SUPP Cawangan Bintangor Lee Ngin Soon, dan Kapitan Wong Leh Hee. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan