Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan AFP

Jet pejuang British pintas 2 pesawat Rusia berhampiran ruang udara NATO

ByBernama

LONDON, 22 April: Jet pejuang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) telah memintas dua pesawat Rusia berhampiran ruang udara NATO minggu lalu, menurut Kementerian Pertahanan (MoD) Britain pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut MoD, dua jet Typhoon RAF digerakkan dari Pangkalan Udara Malbork di Poland pada Selasa untuk memintas pesawat risikan Ilyushin Il-20M “Coot-A” milik Rusia di ruang udara Laut Baltik.

Pada Khamis, dua lagi jet Typhoon dikerahkan dari pangkalan yang sama untuk memintas sebuah pesawat yang tidak dikenal pasti yang berlepas dari ruang udara Kaliningrad dan menghampiri wilayah NATO.

Ini merupakan misi pemintasan pertama RAF di bawah Operasi Chessman, susulan ketibaan pesawat Britain di timur Poland bagi menyokong sayap timur NATO bersama Sweden, menurut kenyataan itu.

Ia juga menandakan kali pertama Sweden menyumbang pesawat pejuang kepada misi pengawasan ruang udara milik negara anggota NATO lain sejak menyertai pakatan itu pada 2024.

MoD mengesahkan bahawa Britain telah menghantar enam jet Typhoon dan hampir 200 anggota untuk menyokong usaha pengawasan udara NATO. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan