Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak empat pasukan Liga Super berjaya memperoleh Lesen Pelesenan Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi kitaran 2024-2025, menurut Jawatankuasa First Instance Body (FIB) hari ini.

JDT, Selangor, Sabah, Penang dapat lesen AFC

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 April: Sebanyak empat pasukan Liga Super berjaya memperoleh Lesen Pelesenan Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi kitaran 2024-2025, menurut Jawatankuasa First Instance Body (FIB) hari ini.

Pengerusi FIB Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata kelab yang berjaya mendapatkan lesen berkenaan ialah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor FC, Sabah FC dan Penang FC.

Beliau berkata keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat FIB ke-10 yang diadakan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.

“Enam kelab Liga Super telah memohon Lesen Pelesenan Kelab AFC bagi kitaran 2024-2025 iaitu JDT, Selangor, Sabah, Penang, Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC.

“Namun, hanya empat kelab sahaja yang berjaya memperoleh lesen berkenaan iaitu JDT, Selangor, Sabah dan Penang, manakala dua lagi — Terengganu dan Kedah Darul Aman — tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap lebih banyak kelab tampil memohon lesen itu bagi memastikan saingan Liga Super terus kekal kompetitif. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan