Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga emas mencatat paras tertinggi baharu pada Isnin, apabila satu auns mencecah US$3,405.19 susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global yang mendorong peningkatan permintaan terhadap “aset pelaburan selamat”. Foto hiasan Envato

Harga emas lonjak lebih US$3,400, catat rekod tertinggi baharu

ByBernama

ISTANBUL, 22 April: Harga emas mencatat paras tertinggi baharu pada Isnin, apabila satu auns mencecah US$3,405.19 susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global yang mendorong peningkatan permintaan terhadap “aset pelaburan selamat”.

Menurut Anadolu Ajansi, harga emas ketika ini berada pada sekitar US$3,404.40 setakat pukul 1200GMT, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

Kenaikan lebih 2.3 peratus pada harga emas pada Isnin itu dipacu oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan konflik perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia terus memuncak.

Kecenderungan bank pusat untuk menurunkan kadar faedah turut menyumbang kepada peningkatan harga emas, selepas Bank Pusat Eropah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu.

Lonjakan harga emas semakin ketara selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif “timbal balik” terhadap lebih 180 negara pada 2 April. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan